Categories: Trending

“So Annoying… Awak Seorang Je Ke Kahwin Kat Malaysia Ni?” – Netizen Bengang Dengan Mira Filzah

Pastinya kehadiran suami menjadi pelengkap hidup kepada pengacara Nona TV3, Mira Filzah.

Namun, terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan kehidupan Mira, lebih-lebih lagi apabila nama pelakon ini sering diperkatakan selepas dia mendirikan rumah tangga.

“Awak sorang je ke kahwin kat Malaysia ni”

Menerusi muat naik di Instagram Stories Mira semalam, mesej berbentuk kecaman ini diterimanya daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Dilihat seperti kurang senang dengan Mira kerana sering mendapat perhatian selepas bernikah, individu itu mengecam lakonannya yang dianggap ‘biasa-biasa’ sahaja.

Tidak adil bagi Mira dan suami

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda ini berpendapat tidak adil bagi dirinya dan suami sekiranya ada individu yang kurang senang dengan perkongsian menerusi ‘Ask Me Question’ kerana itu adalah caranya berinteraksi bersama peminat dan juga followers di media sosial.

Mira juga memohon agar mana-mana pihak yang tidak suka dengan kehidupannya agar terus mengabaikan apa-apa sahaja mengenai dirinya mahupun suami.

Bagaimanapun, Mira tidak pernah meminta artikel mengenai dirinya diterbitkan dan tidak mahu mana-mana individu menyalahkan pihak media kerana itu merupakan kerja mereka.

Mira dan suami, Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : “I See Him As My Future Husband…” Sweet! Mira Filzah Puji Bakal Suami

Jangan lupa saksikan program Nona yang diacarakan oleh Mira setiap Ahad, jam 2 petang di TV3.

Salma Syahbuddin