Categories: Trending

“Star Will Always Shine, No Matter He Win Or Not” – Persembahan Haqiem Rusli Di Immortal Songs Buat Netizen Tergamam

Persembahan penyanyi versatil, Haqiem Rusli yang menggegarkan rancangan realiti Immortal Songs Ahad lalu menarik perhatian peminat.

Episod keenam rancangan realiti itu menyaksikan Haqiem berentap dengan Floor 88, Indah Ruhaila, Aiman Tino, Kucaimars dan Sharul Kamal menyanyikan semula lagu dendangan Datuk Jeffrydin.

Kredit : Instagram TV3

Biarpun tewas di tangan Sharul, persembahan Haqiem yang mengalunkan lagu Kenanganku dalam rendisi tersediri mendapat pujian ramai.

“Layak dapat gelaran Komposer Muda Berpotensi” – Netizen

Rata-rata netizen memuji susunan muzik yang lebih segar dan kreatif, malah tak kurang juga yang mengatakan tidak mudah untuk untuk membuat “remake” lagu 60 an menjadi lebih versatil.

Menerusi ruangan komen di video YouTube persembahan ini, peminat turut menyifatkan persembahan Haqiem menyerlah biarpun dia tewas.

Kalau korang nak tengok persembahan “power” Haqiem, jom layan video kat bawah ni:

Kredit: Facebook TV3
Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”