Trending By: Salma Syahbuddin October 6, 2020 @ 10:00am

“So Annoying… Awak Seorang Je Ke Kahwin Kat Malaysia Ni?” – Netizen Bengang Dengan Mira Filzah

Pastinya kehadiran suami menjadi pelengkap hidup kepada pengacara Nona TV3, Mira Filzah.

Namun, terdapat segelintir pihak yang kurang senang dengan kehidupan Mira, lebih-lebih lagi apabila nama pelakon ini sering diperkatakan selepas dia mendirikan rumah tangga.

“Awak sorang je ke kahwin kat Malaysia ni”

Menerusi muat naik di Instagram Stories Mira semalam, mesej berbentuk kecaman ini diterimanya daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Dilihat seperti kurang senang dengan Mira kerana sering mendapat perhatian selepas bernikah, individu itu mengecam lakonannya yang dianggap ‘biasa-biasa’ sahaja.

Tidak adil bagi Mira dan suami

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda ini berpendapat tidak adil bagi dirinya dan suami sekiranya ada individu yang kurang senang dengan perkongsian menerusi ‘Ask Me Question’ kerana itu adalah caranya berinteraksi bersama peminat dan juga followers di media sosial.

Mira juga memohon agar mana-mana pihak yang tidak suka dengan kehidupannya agar terus mengabaikan apa-apa sahaja mengenai dirinya mahupun suami.

Bagaimanapun, Mira tidak pernah meminta artikel mengenai dirinya diterbitkan dan tidak mahu mana-mana individu menyalahkan pihak media kerana itu merupakan kerja mereka.

Mira dan suami, Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : “I See Him As My Future Husband…” Sweet! Mira Filzah Puji Bakal Suami

Jangan lupa saksikan program Nona yang diacarakan oleh Mira setiap Ahad, jam 2 petang di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 May 2021

Pembayaran BPR Fasa Kedua Bermula 7 Mei Ini, Cara Semak BPR

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua yang memperuntukkan belanjawan sebanyak 2.75 bilion bakal dilaksanakan pada 7 Mei ini. Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah ,

Trending Wed, 20 Dec 2017

2018年选对吉日开工xtra好运

多数华人都会非常注重开工吉日,据说吉日开工,将可以确保在新的一年里顺顺利利。所以小编这里为大家整理了2018年开工吉日,大家不妨参考看看。

Trending Mon, 10 Dec 2018

“Rindu Sebagai Seorang Kawan” – Sharifah Rose

Sudah berdamai, namun bukan kembali bercinta dengan Ismail Izzani.

Featured Sat, 6 Aug 2022
Hiburan Mon, 23 May 2022
Trending Wed, 18 Mar 2020

| Live TV