Categories: Trending

PM Negatif Covid-19, Kini Jalani Kuarantin 14 Hari Di Rumah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah sejak semalam selepas salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca kabinet di pejabatnya telah disahkan positif Covid-19.

“Perdana Menteri, telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

“Namun, Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan dan disahkan negatif”

Bagaimanapun, Mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342) Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Justeru itu, Perdana Menteri akan bertugas dari rumah sepanjang tempoh kuarantin tersebut.

Jadi, buat rakyat Malaysia yang sentiasa berdiri bersama Perdana Menteri sepanjang tempoh ini, kita semua berharap agar PM tabah dalam menjalani kuarantin dan sama-sama patuhi SOP terutamanya sepanjang sambutan Aidilfitri ini okay!

Salma Syahbuddin