Categories: Trending

Polis Terima Laporan Mangsa ‘Samseng’ Sekolah

Susulan kejadian pelajar yang dipukul semasa menyambut hari jadinya di sekolah, Polis hari ini mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kes berkenaan!

Kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, laporan tersebut dilakukan oleh mangsa sendiri di balai polis Seksyen 9 Shah Alam.

“Laporan polis dilakukan pukul 8.53 malam tadi dengan kes kini disiasat mengikut Seksyen Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, hasil siasatan awal kejadian itu berlaku pada Februari lepas dan difahamkan pihak sekolah mengenal pasti kesemua pelajar yang terlibat dan siasatan terperinci akan dijalankan.

Jelas Baharudin, polis telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit dan akan bekerjasama menangani isu ini.

“Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini,” katanya.

Dalam video berdurasi 29 saat itu, lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu.

Semoga pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar yang terlibat, bukan apa, kalau di bangku sekolah lagi dah tunjuk gaya samseng, selepas ini apa pula? 

SGMS Faida