Categories: Trending

POWER! Nenek Usia 84 Tahun Ini Jadi Bintang Porno Untuk Sara Keluarga

Tatkala rakan seangkatan usianya yang lain sedang berehat dan memasak di rumah, namun lain pula kisahnya buat seorang wanita berusia 84 tahun ini!

Yuko Ogasawara, bintang filem Jepun yang hidup serba sederhana ternyata menjadikan kerjaya sebagai pelakon filem porno untuk menyara diri dan keluarganya. 

Pentingkan Pendidikan

Nenek Yuko berasal daripada sebuah keluarga biasa yang cukup mementingkan pendidikan. Dia berkahwin dengan suaminya setelah menamatkan pelajaran dan telah dikurniakan sebanyak 3 orang anak.

Yuko turut membuka sebuah restoran selepas suaminya meninggal dunia pada usia 59 tahun.

Bukan itu sahaja, Yuko juga sempat mengabadikan karya penulisannnya dengan menulis sebuah buku yang berjudul “Office Ladies And Salaried Man” yang mengisahkan tentang kuasa, jantina dan cara kerja di syarikat Jepun.

 

Yuko bersama suaminya

Buku nukilan Yuko Ogasawara

 

Mula Berkecimpung Dengan Filem Dewasa

Yuko mula menunjukkan minatnya untuk menceburi bidang porno apabila seorang individu menawarkan Yuko sama ada mahu membintangi filem dewasa, namun Yuko menolak pada awalnya.

Namun begitu, selepas individu tersebut membawa dia ke set penggambaran filem porno, Yuko bersetuju untuk terlibat dalam bidang lakonan dan anehnya, Yuko hanya inginkan lelaki muda!

 

 

Permintaannya untuk bergandingan dengan lelaki muda ditunaikan pengarah yang mahukan dia menjadi pelakon dalam filem tersebut.

“Ini merupakan kali pertama saya melakukan seks dengan lelaki lain selain daripada suami saya,” kata nenek Yuko.

Sementara itu, Yuko turut memberitahu anak-anaknya juga turut menyokong kerjayanya dan mahukan dirinya sentiasa gembira dengan apa yang dilakukan sekarang. 

 

Sumber foto: www.chiangraitimes.com.my

Syafiqa Irdina