Trending By: Ad Ops July 3, 2018 @ 6:30pm

Puteri Jepun Ini Sanggup Gadaikan Status Dirajanya Untuk Mengahwini Rakyat Biasa

Tahun lepas, Puteri Mako, 26, dari Jepun telah melepaskan status dirajanya supaya dia boleh mengahwini tunangnya yang merupakan seorang rakyat biasa.

Kini, sepupunya Puteri Ayako, 27, pula mengikut jejak langkahnya untuk mengikat tali pertunangannya pada bulan depan dengan Kei Moriya, seorang lagi lelaki biasa. Mereka dijadualkan berkahwin pada bulan Oktober.

Walaupun Putera William dan Harry dari Britain kedua-duanya mengahwini orang biasa, mereka masih dapat mengekalkan status diraja mereka. Malangnya ia tak diamalkan oleh semua institusi diraja dunia.

Dalam kes Ayako, dia harus meninggalkan keluarga diraja Jepun sebaik saja dia berkahwin.

Foto: Getty

Kei, 32, yang bekerja di sebuah syarikat perkapalan Jepun, telah bertemu dengan Ayako tahun lepas menerusi ibu-bapa mereka.

Ibu Ayako telah memperkenalkan Kei kepadanya supaya dia lebih berminat untuk berjuang demi hak asasi manusia. Nampaknya lain pula yang jadi.

“Saya telah bertemu dengan Kei untuk pertama kali pada bulan Disember tahun lepas,” kata Ayako di sebuah sidang media, menurut Japan Times.

“Saya ingat lagi, perbualan kami terlalu rancak sampai tak rasa yang kami baru saja berkenalan. Saya terlalu seronok bercakap dengannya hingga tak perasan yang banyak masa telah berlalu.”

Foto: Getty/Koji Sasahara

Kei pula berkata yang dia telah jatuh hati kepada personaliti Ayako yang positif dan ceria. Dia telah mengajak Ayako untuk berkahwin ketika mereka menjamu selera di sebuah restoran.

Ayako dikatakan tidak memberinya jawapan terus, tapi dia tahu, setelah meneliti cara Kei berinteraksi dengan rakan-rakannya serta ahli keluarga, yang dia ingin bersama dengan Kei.

Sementara itu, Mako dan teman lelakinya ketika di kolej, Kei Komuro, telah bertunang tahun lepas. Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka November ini, tapi mereka postpone hingga tahun 2020.

Foto: Getty

Katanya mereka ingin fokus terlebih dahulu kepada majlis penurunan takhta datuknya di mana anak lelakinya akan ambil alih pada tahun depan.

Selain Ayako dan Mako, kakak Ayako, Puteri Noriko, juga telah berkahwin dengan orang biasa pada tahun 2014. Ya, dengan itu, dia telah lepaskan status dirajanya.

Foto: imperialfamilyjapan.wordpress.com

Kini, penggubal undang-undang di Jepun dilaporkan sedang merombak balik undang-undang di mana hanya ahli keluarga diraja lelaki yang boleh memegang takhta dan ahli kerabat wanita perlu tinggalkan keluarga diraja jika ingin mengahwini orang biasa.

Kasihan! Tapi Ayako nampaknya gembira dengan keputusan untuk mengikut kata-kata hatinya. Baguslah.

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Dec 2023

Sanggup Botak Demi Sebuah Watak, Elisya Sandha Akui Dah Bersedia Nak Tambah Cahaya Mata

Wahh tak lama lagi Bunga dapat adik.. Semoga dipermudahkan urusan Elisya

Featured Mon, 21 Aug 2023

Khai Bahar Sebak Fikir Keadaan Ibu, ‘Malas’ Ambil Serius Isu Fitnah & Kontroversi

Sebaknya! Ibu tiada duanya dalam dunia ni tau😭😭😭😭

Trending Thu, 28 Mar 2019

Mangsa Gas Toksik Sungai Kim Kim Dibenarkan Keluar Hospital

Kesemua mangsa kes pembuangan sisa toksik yang dimasukkan ke hospital kerana menghidu gas toksik di Sungai Kim Kim pada bulan lalu dibenarkan keluar dari hospital.

Featured Wed, 1 Sep 2021

Paralimpik Tokyo 2020: Wei Lun Raih Perak, Ubati Kekecewaan Rakyat Malaysia

Setelah rayuan keputusan Paralimpik Ziyad Zolkefli tidak berpihak kepadanya, rakan seperjuangannya, Chew Wei Lun hari ini mengubati kekecewaan rakyat Malaysia apabila berjaya memenangi pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake […]

Trending Thu, 22 Jul 2021