Categories: Trending

Ramai ‘Meluat’ Tindakan Neelofa Mahu Bantu Abang Burger – “Ya Allah, Ramainya Salah Anggap & Sangka Tidak Baik”

Baru sahaja selesai isu kompaun akibat melanggar prosedur operasi standard (SOP), pelakon, selebriti dan usahawan, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik gambar burger di laman instagram story miliknya semalam.

Tindakan Neelofa yang seakan-akan ‘double meaning’ itu ternyata tidak disenangi oleh rata-rata netizen yang menganggap muat naiknya itu sebagai bahan ‘ jenaka’ baginya.

“Buat kerja tak pandai, gambar tu ada kat google…”

Kecekapan netizen dalam mencari maklumat memang tidak dapat dipertikaikan apabila gambar burger yang dimuat naik oleh Neelofa menerusi instagram story miliknya itu sebenarnya diambil dari imej yang terdapat di google.

 

“A Fazura a day, keep Neelofa away…”

Menjenguk ke ruangan Twitter, nampaknya isu Neelofa masih lagi trending malah, rata-rata netizen menganggap tindakannya memuat naik gambar burger itu adalah satu tindakan yang kurang bijak sehingga ada yang sanggup memboikot untuk membeli produk keluarannya.

Bukan itu sahaja, malah rata-rata netizen turut mengaitkan beliau bersama penyanyi, pelakon, model dan juga usahawan, Fazura apabila ada segelintir yang turut mempersoalkan cara dan tindakan kedua-dua selebriti ini memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

 

Bagaimanapun, Neelofa dilihat tampil membuat pengakuan mengenai niat sebenarnya memuat naik gambar berkenaan sebaik sahaja netizen ‘menghentam’ tindakannya yang dianggap kurang ‘bijak’.

Menurutnya, tindakan memuat naik gambar itu bukanlah mahu memerli atau ada niat disebaliknya melainkan mahu menghulurkan bantuan dengan menyelesaikan kompaun yang dikenakan terhadap peniaga burger berkenaan.

“Sebelum i posted the photo, my lawyer contacted abang burger tu and we have contacted pihak polis untuk tanyakan details tenatng kompaun dia sebab saya minta untuk bantu selesaikan bayarannya dengan izin Allah” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Caprice Tampil Bantu Abang Burger Kena Kompaun RM50,000 – ” Netizen Ucap Terima Kasih, Respect You Bro”

ARTIKEL BERKAITAN : Akhirnya Neelofa & Keluarga Dikompaun RM60,000

Salma Syahbuddin