Categories: FeaturedTrending

Pelakon Dan Pelawak Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man Selepas 11 Tahun

Selebriti terkenal Korea, Lee Kwang Soo mengumumkan berita menyedihkan buat ramai peminat rancangan realiti, Running Man.

Menerusi agensi Lee Kwang Soo, King Kong by Starship dalam satu kenyataan rasmi telah mengesahkan khabar angin bahawa bintangnya, Lee Kwang Soo bakal meninggalkan Running Man selepas 11 tahun berada dalam rancangan tersebut dan 24 Mei adalah tarikh rakaman terakhirnya

Menurut kenyataan tersebut, Lee Kwang Soo terpaksa meninggalkan Running Man disebabkan masalah kesihatan fizikal yang dialaminya berpunca daripada kesan daripada kemalangan tahun lalu.

Berita tersebut mengejutkan para peminat yang setia menonton Running Man daripada episod pertama.

Malah, ada yang masih sukar untuk menerima kenyataan kerana rindukan telatah Lee Kwang Soo dalam rancangan tersebut.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”