Categories: Trending

Reaksi Speechless Tular di TikTok, Nur Fazura Terkejut Tudung Sold Out Dalam Masa 1 Minit!

Pelakon Nur Fazura terkedu apabila jualan produk tudungnya laris dalam hanya tempoh kurang satu minit.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut tidak menyangka perkara itu tular di TikTok.

Bukan itu sahaja, tudung keluarannya itu habis terjual ketika dia baru saja memulakan ‘Live’ di platform berkenaan.

“Sold out? Nanti diorang kata I tipu, ampun minta ampun.

“I belum habis cakap lagi macam mana boleh sold out?

“1 minit sold out, lepas tu Istiqomah sold out, I belum habis cakap macam mana boleh sold out,” katanya.

Menerusi video tersebut, Fazura tergamam dan hilang kata-kata apabila produknya laris terjual dalam tempoh yang sangat singkat.

@fazuramelakaofficial Semua Allah permudahkan Alhamdulillah 🥰🤲🏻 #fyp #fazura #fattzura #tudungfazura #fypage ♬ suara asli – Lirik Lagu Folk – The Question Mark | LaguFolk

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyamakan fenomena Tudung Fazura sama seperti fenomena Sambal Nyet Khairul Aming.

Namun, ramai juga yang sedih kerana tidak berkesempatan untuk mendapatkan tudung yang dihasilkan pelakon jelita itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Fatima Aisya.Pelakon Nur Fazura terkedu apabila jualan produk tudungnya laris dalam hanya tempoh kurang satu minit.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut tidak menyangka perkara itu tular di TikTok.

Bukan itu sahaja, tudung keluarannya itu habis terjual ketika dia baru saja memulakan ‘Live’ di platform berkenaan.

“Sold out? Nanti diorang kata I tipu, ampun minta ampun.

“I belum habis cakap lagi macam mana boleh sold out?

“1 minit sold out, lepas tu Istiqomah sold out, I belum habis cakap macam mana boleh sold out,” katanya.

Menerusi video tersebut, Fazura tergamam dan hilang kata-kata apabila produknya laris terjual dalam tempoh yang sangat singkat.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyamakan fenomena Tudung Fazura sama seperti fenomena Sambal Nyet Khairul Aming.

Namun, ramai juga yang sedih kerana tidak berkesempatan untuk mendapatkan tudung yang dihasilkan pelakon jelita itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Fatima Aisya.

Fatin Nurain