Trending By: Fatin Nurain April 27, 2022 @ 3:56pm

Reaksi Speechless Tular di TikTok, Nur Fazura Terkejut Tudung Sold Out Dalam Masa 1 Minit!

Pelakon Nur Fazura terkedu apabila jualan produk tudungnya laris dalam hanya tempoh kurang satu minit.

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut tidak menyangka perkara itu tular di TikTok.

Bukan itu sahaja, tudung keluarannya itu habis terjual ketika dia baru saja memulakan ‘Live’ di platform berkenaan.

“Sold out? Nanti diorang kata I tipu, ampun minta ampun.

“I belum habis cakap lagi macam mana boleh sold out?

“1 minit sold out, lepas tu Istiqomah sold out, I belum habis cakap macam mana boleh sold out,” katanya.

Menerusi video tersebut, Fazura tergamam dan hilang kata-kata apabila produknya laris terjual dalam tempoh yang sangat singkat.

@fazuramelakaofficial Semua Allah permudahkan Alhamdulillah 🥰🤲🏻 #fyp #fazura #fattzura #tudungfazura #fypage ♬ suara asli – Lirik Lagu Folk – The Question Mark | LaguFolk

Dalam pada itu, rata-rata netizen menyamakan fenomena Tudung Fazura sama seperti fenomena Sambal Nyet Khairul Aming.

Namun, ramai juga yang sedih kerana tidak berkesempatan untuk mendapatkan tudung yang dihasilkan pelakon jelita itu.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Fatima Aisya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jan 2018

Wanita Maut Dibaham Harimau Sewaktu Berkerja

Dibaham oleh seekor harimau ketika sedang mengumpul data tentang serangga di sebuah ladang kelapa sawit

Hiburan Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2023

Bapa Tutup Perniagaan, Jual Motorsikal & Kereta Demi Kerjaya Seni, Wafiy Janji Akan Balas Budi

Harapnya tercapai impian Wafi nak balas pengorbanan keluarga✨🫶🏻

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Trending Tue, 17 Aug 2021

Tak Lagi Bergelar Menteri, Dr. Zulkifli Mungkin Akan Lebih Aktif di YouTube & Twitter Jawab Soalan Agama

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mungkin akan lebih aktif di saluran YouTube dan Twitter selepas tugasnya sebagai menteri berakhir semalam. Menerusi ciapan Dr. Zulkifli di […]