Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 7, 2024 @ 12:43pm

“Tak Sampai 5 Minit Kau Clamp!” – Lana Nodin Bengang Dakwa Penguatkuasa ‘Pilih Bulu’ Kunci Tayar Kenderaan

Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa tidak puas hati apabila tayar keretanya dikunci pihak penguatkuasa gara-gara meletak kenderaan bukan ditempat sepatutnya.

Menerusi hantarannya di Instagram, Lana atau nama sebenar Mazlina Hassan Nodin, 44, mendakwa penguatkuasa bersikap pilih kasih kerana tidak mengunci kenderaan lain yang melakukan kesalahan sama.

Menurutnya ketika kejadian, dia ingin ke sebuah bank bagi tujuan mendepositkan wang namun gagal mencari tempat letak kereta di kawasan tersebut sudah penuh.

Bimbang akan keselamatan diri membawa sejumlah wang yang besar, Lana mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan berdekatan dengan bank dalam tempoh beberapa minit.

“Tengahari tadi (Selasa) aku pergi bank untuk depositkan wang tunai yang banyak dan aku sorang.

“Kawasan bank itu memang susah nak parking. Aku dah pusing beberapa kali, susah dapat parking jadi aku pun letak kenderaan ditempat sebelah bank yang aku rasa tidak mengganggu atau sekat mana-mana jalan.

“Bila saya keluar daripada bank masa itu tak kena saman lagi dan aku jelaskan kenapa aku parking situ. Dengan muka berlagak, dia (penguatkuasa) kata kalau ikutkan satu minit kena clamp!,” jelasnya.

Sementara itu, Lana turut mempersoalkan tindakan anggota penguatkuasa tersebut yang tidak mengunci tayar beberapa kenderaan lain yang melakukan kesalahan sama.

Tambahnya lagi, jelas tindakan penguatkuasa itu seperti pilih kasih dalam menjalankan tugas.

“Kenapa kau tak saman atau clamp juga van atau orang yang parking sama tempat dengan aku. Alasan kau sebab ada orang dalam kereta.

“Apa beza aku yang letak kereta dekat situ tak sampai lima minit kau clamp?

“Terangkan dekat aku yang duduk dalam kereta berjam-jam daripada aku tak clamp tapi aku yang park tak sampai lima minit kau clamp!

“Ini ke cara penguatkuasa. Buat malu sahaja, tak payah pakai uniform kalau kau jenis pilih bulu. Siapa kau nak saman siapa tak?,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lana Nodin (@lananodinmckienzie)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Aug 2025

Rezeki Sentiasa Mengalir, Mira Filzah Berhabis RM8,000 Sebulan Suka Belanja Makanan Di Set Penggambaran

Mira Filzah murah rezeki, belanja makanan di set penggambaran cecah RM8,000!

Hiburan Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Mon, 30 Dec 2019

Salt Bae Lengkapi Bulan Madu Ain Edruce!

Tak kisah yang lain..tapi cemburu Ain jumpa Salt Bae!!!

Hiburan Tue, 20 Dec 2022
Featured Mon, 20 Mar 2023
Hiburan Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sule Bakal Tamatkan Zaman Duda April 2020?

Pelawak terkenal Indonesia, Endang Sutisna atau lebih dikenali sebagai Sule dikhabarkan akan menamatkan zaman dudanya pada April 2020.  Hal ini disahkan oleh sumber yang rapat dengan Sule dan dikatakan ayah kepada Rizky Febian itu sepatutnya […]

Kisah Viral Wed, 14 Feb 2024

“Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya”- Puteri Sarah

Haa, jangan main-main dengan Puteri Sarah🔥🔥🔥

error: Content is protected !!