Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 5, 2023 @ 3:43pm

Bapa Terlantar Bukan Alasan Fimie Don Menghilang Dalam Industri – “Saya Perlu Profesional…”

Pelakon dan penyanyi, Fimie Don memaklumkan keadaan bapanya yang sekian lama sakit dan perlukan penjagaan rapi tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dalam industri seni.

Terdahulu, bapa Fimie, Saedon Abdul Rani, 62, menghidap strok sejak tujuh tahun lalu.

Fimie, ibu dan kakak bergilir-gilir menjaga bapanya yang terbaring di atas katil seperti membersihkan najis dan menyalin lampin pakai buang.

Menurut Fimie atau nama sebenar Shafimie Saedon yang bergelar anak seni sejak usia 5 tahun lagi, dia perlu tampil profesional dalam kerjayanya.

Baginya, lakonan dan nyanyian merupakan punca rezeki. Jika dia gagal memberi komitmen, pendapatannya akan terjejas.

Justeru, walau apa pun yang berlaku dalam episod kehidupannya, dia tidak akan menghilangkan diri dalam industri.

“Lakonan ini ialah kerja saya. Saya perlu jadi pekerja yang profesional.

“Apa yang berlaku dalam hidup saya, putus cinta atau orang meninggal, kerja saya tetap diteruskan,” katanya.

Namun demikian, mengakui tidak dapat lari dari tanggungjawab sebagai seorang anak, Fimie turut memberi perhatian terhadap bapanya walaupun kini mereka tinggal berjauhan.

Dalam pada itu, pelakon Hikayat Putera Shazlan itu meluahkan rasa syukur kerana mempunyai seorang ibu yang sanggup berkorban untuk menjaga bapa.

“Sebanyak mana saya tolong jaga mak saya tak boleh lawan sebanyak mana mak saya jaga ayah saya,” ujarnya.

Fimie ditemui XTRA ketika pementasan teater Balada Si Angsa Hitam yang berlangsung di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada Jumaat.

Sementara itu, diusik dengan soalan berkaitan teman istimewa atau kekasih, Fimie memberitahu hatinya masih belum diketuk oleh mana-mana wanita buat masa sekarang.

“Tak jumpa lagi, saya follow the flow saja,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 25 Jan 2022

Bertuah Badan! Mila Jirin Taja Majlis Sanding Datin Seri Heliza Helmi & Suami – “Segan, Hadiah Itu Besar Nilainya… Tapi Dia Bersungguh”

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin bermurah hati menaja majlis persandingan rakan baiknya, penyanyi dan aktivis Datin Seri Heliza Helmi dan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada Sabtu. Majlis yang mengangkat tema ‘Malam Islamik’ berlangsung […]

Hiburan Sat, 11 May 2024
Hiburan Thu, 29 May 2025

[VIDEO] Ucap ‘Happy Birthday Sayang’, Pelukis Grafiti Terkenal Perancis Suami Baru Sharifah Sakinah?

Cyril Kongo, pelukis grafiti terkenal Perancis suami baru Sharifah Sakinah

Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Tue, 2 Jan 2018

34岁日本AV天后苍井空结婚啦!

34岁日本AV天后苍井空1日深夜宣布结婚,抛出2018年娱乐圈第一个震撼弹!她在晒出无名指戴婚戒的照片,并透过社群网站以中,英文宣布喜讯,令全球粉丝又惊又喜。

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Siti Sarah Mengalirkan Air Mata Ketika Nazak” – Shuib Akui Sempat Buat Panggilan Video Terakhir

Suami yang juga pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi momen terakhir bersama isterinya, Allahyrham Siti Sarah dengan membuat panggilan video untuk terakhir kalinya ketika Siti Sarah 36, sedang nazak di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor […]

error: Content is protected !!