Categories: Trending

Rentas Negeri & Daerah Dalam Fasa 2 PPN Dibenarkan Hanya Untuk…

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri YAakob memaklumkan, pergerakan rentas negeri dan daerah dalam Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih tidak dibenarkan kecuali, bagi guru sekolah dan kelas peperiksaan sahaja.

Namun, bagi pasangan jarak jauh, pergerakan rentas negeri hanya dibenarkan jika terdapat kes kecemasan dan khas sahaja dengan kelulusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Ismail juga menambah, dalam Fasa dua PPN ini, operasi bagi beberapa sektor ekonomi dalam sektor pembuatan dan perdagangan dan pengedaran dengan sektor pembuatan adalah dibenarkan.

  • Sektor Pembuatan – Melibatkan automatif (kenderaan dan komponen) seramik, kilang perabot bagi tujuan eksport getah, besi, keluli serta simen.
  • Sektor Pedagangan dan Pengedaran – Melibatkan kedai buku dan alat tulis, komputer dan telekomunikasi, barangan elektrik, kedai cuci kereta dan kedai gunting rambut

Kedua-dua sektor ini diberi kebenaran beroperasi sehingga jam 8 malam sahaja.

Bagi operasi restoran, kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk masih beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

“Dalam fasa kedua, pasar tani dan pasar pagi dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 11 pagi dan terhad kepada enam komoditi iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, barangan runcit, ayam proses, makanan laut dan daging. Bagaimanapun, pasar minggu, pasar malam dan pasar tamu masih tidak dibenarkan dibuka,” katanya.

Katanya semua aktiviti sukan dan rekreasi secara individu dan tidak bersentuhan fizikal juga adalah dibenarkan dalam fasa kedua PPN.

 

Sumber  : Bernama

Salma Syahbuddin