Categories: FeaturedTrending

RM 52. 48 Bilion i-Sinar Diluluskan – Tengku Zafrul

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, sejumlah RM19.45 bilion pengeluaran i-Lestari melibatkan 5.23 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diluluskan setakat 12 Mac, 2021 berbanding RM18.58 billion dan 5.18 juta penerima pada minggu sebelumnya.

Manakala, setakat 14 Mac, 2021, pengeluaran i-Sinar sebanyak RM52.48 bilion telah diluluskan kepada 5.94 juta pemohon dan daripada jumlah itu sebanyak RM32.74 bilion telahpun dikreditkan.

Menurutnya, mulai 8 Mac, 2021, kelayakan permohonan kemudahan i-Sinar telah ditambah baik bagi membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup.

“Perancangan persaraan adalah penting dan orang ramai disyorkan untuk menggunakan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang disediakan oleh KWSP secara percuma untuk tujuan ini,” katanya.

Maklumat mengenai perkhidmatan percuma ini boleh didapati di https://www.kwsp.gov.my/ms/member/retirement-advisory-service. –

Tengku Zafrul berkata demikian semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-46 menerusi laman Facebook beliau, di sini, hari ini

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”