Categories: Trending

RM5.2 Juta Harga Nilai Cinta Aeril Zafrel! Wawa Zainal Dedah Ada Pihak Jangka Mereka Bakal Hidup Susah Selepas…

Aktor dan usahawan, Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya, pelakon Wawa Zainal bangunan tiga tingkat bernilai RM5.2 juta.

Wisma yang berharga RM3.2 juta dengan kos ubah suai bernilai RM2 juta itu digunakan oleh Wawa sebagai ruang pejabat dan gudang bisnes kecantikan yang diusahakannya, Wawa Cosmetic.

“Ini merupakan hasil titik peluh kami. Sejujurnya, tak sangka dapat sampai ke tahap ini selepas berbisnes semenjak 2016. Biarpun banyak dugaan, akhirnya kami dapat menggapai impian yang selama ini dicita-citakan.

“Ia menjadi harga nilai cinta saya kepada Wawa. Akhirnya kami berjaya melakukannya dan mahu menggapai lebih banyak kejayaan selepas ini, insya-Allah,” kata Aeril.

Berada di tahap sekarang, Wawa yang sentiasa berada di sisi Aeril teringat segala susah payah yang mereka hadapi sebagai suami isteri semenjak mendirikan rumah tangga.

“Saya masih ingat orang ketawa, orang hina. Lebih-lebih lagi selepas kontroversi perkahwinan kami. Ada yang beranggapan kami akan bercerai dan ada yang merasakan kami bakal hidup susah selepas berkahwin.

“Kami menjadikan kata-kata terbabit sebagai penguat semangat sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Syukur kerana urusan pejabat sudah kami selesaikan dan yayasan yang kami usahakan sudah pun diluluskan minggu lalu.

“Yayasan Ibu Sunari itu merupakan sebahagian usaha kami untuk membina masjid. Hasrat itu telah wujud beberapa tahun lalu dan ia tertangguh. Insya-Allah, ia akan menjadi kenyataan selepas ini,” kata Wawa.

Aeril dan Wawa ditemui di majlis pelancaran ibu pejabat Wawa Cosmetic serta pelancaran koleksi Wawa Fantasy Dream di Bangi pada Isnin.

Dua koleksi yang diberi nama Fantasy dan Dream itu bakal dikeluarkan sebanyak 80,000 unit dan akan dilancarkan pada 25 Mac ini.

Padin