Trending By: Syamir Shafie January 11, 2024 @ 2:53pm

Sampai Bila Nak Selesai? Penduduk Berang PATI Cetuskan Tabiat Menjijikkan…Buang Sampah Tepi Sungai Sampai Banjir Sekampung!

Ramai penduduk kampung meluahkan rasa tidak puas hati dan kesal dengan sikap pengotor pendatang asing tanpa izin (PATI) yang menjadi angkara kepada kejadian banjir besar di Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru semalam.

Lebih-lebih lagi, anak Sungai Kangkar Tebrau itu tidak dilebarkan dan didalamkan sejak 10 tahun lalu.

Menurut laporan Berita Harian, kehadiran lebih 3,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) antaranya etnik Rohingya, Bangladesh dan Nepal gemar gemar membuang sampah di tepi rumah dan sungai menjadi punca aliran anak sungai ke Sungai Tebrau tersumbat.

Penduduk kampung, Abdul Razak Tarmidi berkata, banjir yang berlaku semalam adalah dama dengan banjir yang terjadi lewat tahun 2006 dan awal 2007 yang lalu.

“Tolong betulkan sistem perparitan kerana anak Sungai Kangkar Tebrau yang berada di belakang kampung ini.

“Anak sungai cetek dan aliran anak sungai menuju ke Sungai Tebrau hanya bersaiz parit.

“Anak sungai bersaiz parit terjadi selepas pelebaran Lebuh Raya Pasir Gudang. Penduduk tidak menolak pembangunan tetapi lihat sama sistem perparitan sesuai atau tidak dengan aliran air yang datang dari pelbagai arah.

“Apabila aliran air kecil dan tersekat, air akan melimpah ke kampung yang boleh diibaratkan sebagai kolam tadahan.

“Pihak berkuasa juga tolong pantau PATI di kampung ini,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi tetangga di kawasan berkenaan, Mohd Saifuddin Mohd Nasir sedih kerana tiada tindakan susulan diambil meskipun aduan demi aduan telah dilayang.

“Selenggara parit, longkang dan sungai itu yang paling penting, kurang sikit banjir, sekarang ini sudah kerap sangat, terlalu kerap.

“Wakil rakyat silih berganti tetapi penyelesaian tiada,” ujarnya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Oct 2021
Hiburan Tue, 24 Oct 2023
Trending Wed, 20 Jun 2018

这只狗狗每次都会「自己搭公车到公园玩」

在美国西雅图竟然有一只会自己搭公车的狗狗!

Featured Sat, 16 Oct 2021
Selebriti Sat, 2 Sep 2023
Hiburan Fri, 31 Mar 2023
Events Wed, 22 Feb 2023
Trending Tue, 7 Aug 2018

Najib Ke SPRM Lagi?

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib untuk siasatan berkaitan 1MDB.

#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang