Categories: Trending

Satu Tragedi Atau Konspirasi? Novel Tahun 1981 Ini Ramal Coronavirus

Penyebaran Coronavirus dilihat semakin membimbangkan. Terbaru, dilaporkan COVID-19 melanda empat lagi negara Asia Barat iaitu Bahrain,Iraq, Kuwait dan Oman. 

Dalam kebimbangan isu ini,  sebuah buku fiksyen bertajuk The Eyes Of Darkness yang diterbitkan pada tahun 1981, kira-kira 39 tahun yang lalu telah menceritakan mengenai sejenis virus yang digunakan sebagai senjata biologi iaitu Wuhan-400. 

Buku yang digarap oleh Dean Koontz ini menceritakan mengenai seorang ibu bernama Christina Evans yang mengembara demi mencari anaknya yang ditahan di sebuah kem ketenteraan yang terletak di Wuhan, Cina. 

Petikan dalam novel itu turut menceritakan pusat kajian Wuhan Institute of Virology yang terletak kira-kira 32 km daripada lokasi pertama Covid ditemui iaitu Pasar Hunan, Wuhan. Lihat petikan teks di bawah ni.

Wah, menyeramkan juga kan kalau fikir balik!

Kredit foto: WOB

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”