Categories: Filem

Tiada Persefahaman Punca Intan Najwa Putus Tunang?

Pelakon drama Setelah Ku Dimiliki ini mengakui beliau kini telahpun kembali solo apabila mengumumkan ikatan pertunangan bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli sudahpun terlerai.

Menurut Intan Najuwa, 23, beliau menganggap apa yang terjadi antara mereka telahpun ditentukan dan percaya kedua-duanya tiada jodoh untuk bersama. Namun, keputusan telahpun dibuat selepas mengadakan perbincangan dikedua-dua belah pihak. 

Tidak mahu bekas tunang terpalit kontroversi

Sumber : Instagram @intannajuwa

Pengumuman ini dibuat bertujuan untuk berkongsi tentang perkara tersebut dan tidak mahu bekas tunangnya itu terpalit dengan sebarang kontroversi melibatkan dirinya.

“Hubungan saya dan Razrul sudah berakhir, keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan baik. Dan sudah tiada jodoh dan persefahaman antara kami.

“Biarlah kami sahaja yang tahu, saya kongsi perkara ini sebab tak mahu dia terkait dengan saya memandangkan dia bukan dari bidang hiburan” Katanya.

Jangan jatuhkan hukum dengan apa yang terjadi

Sumber : xtra.com.my

Bagaimanapun, Intan berharap dengan apa yang terjadi antara beliau dan Razrul, peminat mahupun netizen diluar sana faham dan tidak menjatuhkan hukum dengan apa yang terjadi.

” Apa yang berlaku di luar bidang kuasa saya. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan yang tentukan. Jodoh , ajal, dan maut itu semua di tanganNya” Jelasnya.

Terdahulu, Intan pernah terpalit dengan kontroversi bersama pelakon, Zul Ariffin dan Idris Khan selepas foto mesra mereka tersebar tahun lalu. 

Intan dan Razrul mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos sempena kelahiran beliau yang ke-22.

Salma Syahbuddin