Berat Melihat Sahabat Sedih, Rossa Janji Temani Bunga Citra Lestari Sekurang-Kurangya 1 Jam Setiap Hari

Pemergian pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Danial Mohamad Sinclair semestinya meninggalkan kesan bukan sahaja buat industri hiburan tanah air, malah kehilangan suami kepada penyanyi Bunga Citra Lestari itu turut mendapat perhatian seluruh rakyat Indonesia.

Terbaharu, rakan artis yang terdekat dengan Bunga iaitu Rossa memuat naik fotonya yang berkunjung ke rumah Bunga selepas pulang daripada Indonesia Idol bersama rakan artis lain. Rossa menyatakan keinginannya untuk meluangkan masa bersama Bunga sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari.  

“Hampir tiap hari aku melawat Bunga sekurang-kurang satu jam, rasanya tetap sama. Berat melihat sahabat sendiri sedih, mencuba ikhlas dan cuba belajar menatap hidup kembali.

Semoga Allah memberi kekuatan buat Bunga, Noah dan Keluarga. Dan Allah s.w.t memberikan tempat terindah buat Ashraf. Aamiin Ya Rabb,” tulis Rossa. 

 

Kematian mengejutkan Ashraf Sinclair pada 18 Februari lalu berpunca daripada serangan jantung.

Xtra doakan semoga Bunga, Noah dan keluarga Ashraf sentiasa tabah mengharungi pemergian ini. Semoga Allah merahmati kalian.

Sumber foto: Instagram Rossa

Syafiqa Irdina