Categories: Trending

“Saya Bukan Bodoh, Tunjuk Mewah Lepastu Minta Bantuan,”- Black Hanifah Bidas Kecaman Warganet

PENYANYI Black Hanifah menerima kecaman teruk daripada netizen selepas mengeluarkan kenyataan mencadangkan pihak kerajaan agar tidak meminggirkan golongan penggiat seni tempatan.

Menurut Black, penggiat seni juga turut menerima tempias kerana lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlaku di negara kita ketika ini. 

Namun kenyataan Black telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-ratanya tidak bersetuju dan beranggapan  penggiat seni yang dilihat hidup serba mewah dan berduit sepatutnya menjadi golongan yang memberi bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. 

Berang dituduh sebagai orang yang suka memintaa, Black tampil membidas semula kenyataan netizen yang dianggap keterlaluan. Ujar Black, cadangannya telah disalah ertikan oleh netizen kerana apa yang disuarakannya itu bukan untuk dirinya sendiri. Dia memikirkan nasib pennggiat seni lain yang tidak boleh bekerja ekoran Perintah Kawalan Pergerakan pada waktu ini. 

“Saya hanya suarakan bagi pihak artis yang memerlukan. Susah kalau netizen tak baca artikel penuh dan terus menghentam. Saya sendiri akui banyak persembahan dibatalkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tapi buat masa ini kewangan saya masih kukuh dan mencukupi,”

Ujar Black, dia bukanlah seorang yang bodoh seperti yang didakwa oleh sesetengah netizen. Dia cuma menyuarakan pendapat bagi membantu golongan artis lain yang tidak mempunyai pekerjaan ketika ini.

Sebenarnya masih ada segelintir penggiat seni yang berdepan dengan kesulitan hidup dan layak dibantu oleh rakyat Malaysia yang lain. 

Lain kali baca artikel sampai habis ye, jangan terus kecam je tau! 

Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover