Categories: FeaturedTrending

“Saya Kena Usaha Lebih..” – Menang Tempat Ke-3 AJL35, Wany Hasrita Dedah Persiapan Berduet Dengan Jamal Abdillah

Meraih tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) malam tadi, penyanyi Wany Hasrita mengakui dia harus berusaha lebih untuk setanding dengan rakan duetnya, Datuk Jamal Abdillah.

Menerusi lagu Belenggu Rindu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, Wany mengakui dia berusaha memberikan yang terbaik.

“Tiga tahun lalu, ketika menyertai AJL32 membawakan lagu Menahan Rindu, saya tak begitu bersedia, jadi untuk kali ini ni saya lebih tahu apa yang saya perlu buat.

“Dari segi vokal semestinya saya kena tingkatkan mutu persembahan sebab menyanyi dengan Datuk Jamal. Jadi, saya kena usaha lebih supaya saya in-sync bersamanya di atas pentas” katanya ketika ditemui di sidang media.

Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM20,000.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”