Categories: FeaturedTrending

“There’s Something Empty” – Bersyukur Jadi Naib Juara AJL35, Aina Abdul Dedah Buat Persembahan Dengan Rasa….

Setelah kontroversi ‘berdarah’ yang melanda persembahan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) tahun lalu, penyanyi Aina Abdul bangkit kembali tahun lalu ini apabila dinobatkan sebagai naib juara AJL35.

Berkongsi perasaan memenangi anugerah itu, Aina meluahkan rasa syukur ketika ditemu bual di sesi sidang media virtual.

“Selepas apa yang terjadi tahun lepas, saya masih diberi kepercayaan untuk melakukan persembahan. Alhamdulillah, saya bersyukur,” ujarnya.

Malah, Aina juga sempat memberi komen mengenai konon wujudnya persaingan antara dirinya dan Ernie Zakri untuk memenangi kategori vokal terbaik

“Menang atau kalah bukan dalam kamus hidup saya. Saya hormati Ernie. Dia rakan baik saya, jadi apabila saya melihat pencapaiannya, ia membuatkan saya bangga. She deserves it,” katanya.

Tidak pernah melupakan usaha peminatnya, Aina merakamkan penghargaan buat mereka yang banyak memberi sokongan untuk dirinya.

“Sebenarnya, there’s something empty. Untuk persembahan malam ni, saya tak boleh tengok peminat saya. Saya hanya berbekalkan doa mereka. Saya tak rasa kejayaan ini kepunyaan Aina Abdul kerana semuanya adalah kerana peminat dan team di belakang saya,” katanya dalam nada sebak.

 

Menerusi lagu ciptannya berjudul semalam, Aina berjaya merangkul naib juara AJL 35 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM35,000 berserta trofi.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”