Categories: Trending

Malaysia Dijangka Jadi Negara Berpendapatan Tinggi – Menteri Kewangan

Ketika berucap pada majlis pelancaran Laporan Bank Dunia : Aiming High – Navigating the Next Stage of Malaysia’s Development secara maya hari ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan Malaysia dijangka beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi seawal tahun 2024 hingga 2028.

 

Dan ianya hasil sokongan trajektori pembangunan transformasi ekonomi yang dilaksanakan sejak beberapa dekad lalu.

 

Namun, bagi mencapai sasaran itu, Malaysia perlu melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan  ekonomi menjadi negara berpendapatan tinggi dan mengekalkan pertumbuhan saksama menjangkaui krisis Covid-19.

 

“Malaysia membina asas yang baik tetapi kami juga menyedari keperluan untuk menyuntik lebih banyak pelaburan dalam pembangunan modal insan berkualiti tinggi bagi membantu mewujudkan peluang ekonomi lebih besar”

 

Perkara tersebut turut dikongsi menerusi muat naik di laman Facebook Tengku Zafrul yang berkata, kerajaan komited untuk terus menilai kualiti, keterangkuman dan kesinambungan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.

 

“Negara juga perlu melabur dalam pembentukan generasi seterusnya bagi produktiviti tinggi termasuk dasar dan pertumbuhan sektor swasta yang diterajui inovasi”

 

Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan

Sumber : Facebook

Menurut Bank Dunia, kemajuan ke paras tahap ambang menjadi perlahan susulan kesan daripada Covid-19, namun Malaysia berpeluang melaksanakan reformasi jelas untuk mengekalkan pertumbuhan masa depan.

 

Justeru itu,  inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan juga dilihat mampu memastikan pertumbuhan yang berterusan menerusi strategi ekonomi dalam memanfaatkan peluang ekonomi pasca Covid-19.

 

“Malaysia juga kembali ke landasan tepat untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dalam lima tahun akan datang, termasuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) menjelang 2030,” katanya.
Salma Syahbuddin