Trending By: Padin December 17, 2020 @ 7:55pm

“Saya Lebih Kecewa Bila…” – Zynakal Akui Terkilan Lagu Sakit Gagal Ke AJL35

Penyanyi Zynakal mengakui terkilan apabila lagu nyanyiannya bersama Yonnyboii, Sakit gagal mara ke Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Menurut Zynakal, dia rasa lebih kecewa apabila ramai peminat yang turut sama-sama meluahkan rasa sedih apabila lagu terbabit tidak menempah tempat 12 finalis ke pentas berprestij itu.

“Saya terkilan. Tipulah kalau tak ada rasa apa-apa. Namun begitu, saya lebih kecewa apabila ramai peminat yang turut bersedih dan meluahkan perasaan mereka kepada saya.

“Ramai yang meninggalkan komen dan mesej di laman Instagram, saya sendiri tak dapat buat apa-apa kerana kuasa tidak terletak di tangan saya. Saya dan Yonnyboii sudah melakukan yang terbaik dan bukan rezeki kami,” kata Zynakal ketika ditemui di rakaman program Melodi Xtra sebentar tadi.

Tambah anak saudara kepada penyanyi Zamani itu, dia berazam mahu terus menghasilkan karya terbaik di masa akan datang.

“Saya enggan terus memikirkan mengenai perkara yang telah terjadi. Semestinya pihak juri ada penilaian tersendiri, mereka pakar dalam bidang muzik dan mempunyai pengalaman, sedangkan saya hanya pendatang baru sahaja.

“Apa yang terjadi, saya memandangnya positif dan mahu terus melangkah menghasilkan karya-karya terbaik dan mempunyai mesej untuk menjadi halwa telinga peminat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Zynakal bakal muncul dengan single terbaru berjudul Perasaan yang bakal dilancarkan pada 19 Disember bersempena hari lahirnya yang ke-22.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 28 Nov 2021

Ganti Siti Nurhaliza Tahun Lalu, Shiha Zikir Gembira Dapat Mara Ke Separuh Akhir Muzik Muzik 36 Dengan Lagu Sendiri

Penyanyi Shiha Zikir berjaya mara ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 36 dengan membawakan lagu AEWO gandingan bersama Noki K-Clique. Shiha yang mendapat tahu berita itu bagai tidak percaya kerana kali terakhir dia membawakan lagu

Featured Sun, 4 Dec 2022
Trending Mon, 26 Aug 2019

Safiey Ilias Nekad Buang Silikon Lagi?

Apapun, doakan yang terbaik!

Featured Fri, 10 Mar 2023
Trending Mon, 5 Apr 2021

“Kakak Manja Minta Sister… Ya Kak Kepom Pregnant” – Elly Mazlein Kongsi Berita Kehamilan

Selebriti popular, Elly Mazlein mendedahkan dia kini sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan seorang guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 31. Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, berkongsi khabar gembira menerusi

Featured Wed, 17 Jan 2018

Putus Cinta : 8 Cara Bangkit Semula

Putus cinta setelah sekian lama menyulam kasih cukup memeritkan. Tapi mahu atau tidak, kehidupan wajib diteruskan. Menangis dan meratap pemergian orang yang pernah disayangi bukanlah caranya move on dan melupakan segala luka. Bangkitlah semula dengan

Hiburan Wed, 23 Mar 2022

| Live TV