Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 4, 2023 @ 6:00pm

“Saya Rasa Selamat Berada Di Bawah Ketiak Suami Saya” – Zizi Kirana

Pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana masih di dalam fasa berbulan madu apabila mereka ke Turkiye, baru-baru ini.

Menurut Yusuf, dia ke Turkiye atas dasar bekerja namun mengambil kesempatan tersebut untuk membawa isterinya sekali.

“Saya ke Istanbul untuk bekerja sambil berjalan. Saya bawa isteri saya sekali sebab di sana banyak tempat cantik jadi rugi kalau tak bawa pasangan. Mana boleh tinggal.

“Bukan tak boleh berjauhan cuma saya rasa boleh bawa pasangan sekali jadi saya tanya pihak produksi dahulu dan mereka benarkan, saya bawalah,” katanya.

Malah, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, turut berkongsi dia berasa selamat apabila sentiasa berada disisi suaminya itu.

“Saya dah beritahu pada pengurus saya jangan ambil sebarang tawaran selama 10 hari

“Saya rasa selamat berada di bawah ketiak suami saya,” ujar Zizi.

Dalam pada itu, Yusuf memaklumkan isu rumah tangga yang melibatkan rakan-rakan selebriti tidak menganggu kehidupannya dan isteri malah berpegang kepada prinsip kepercayaan.

“Tidak menganggu kami sebagai suami isteri atas isu semasa yang berlaku pada rakan-rakan selebriti.

“Ujian manusia ini berbeza, jadi kita ambil iktibar daripada kisah mereka.

“Kita doakan untuk kebaikan mereka, mungkin esok lusa Allah uji kita pula, kita tak tahu tapi minta diajuhkan perkara tidak baik.

“Saya minta isteri saya memberi kepercayaan sebab rumah tangga ini berdiri atas sebab kepercayaan dan iman. Insya-Allah akan dilindungi rumah tangga kita,” ujarnya menerusi program hiburan popular TV3, Melodi.

Yusuf turut mengakui isterinya itu sangat memahami dan bersikap profesional apabila melihat lakonannya bersama pasangan dalam sesebuah karya.

“Sebagai pelakon, kita kena fokus. Bila isteri saya tengok lakonan saya bersama rakan gandingan, saya harap dia faham dengan karier saya.

“Alhamdulillah dia juga faham dan profesional,” tutupnya positif.

Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 dalam sebuah majlis tertutup.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] “Macam Mana Nak Perah Tu Sis?” – Netizen Tegur Cara Potong Limau Nipis Salah, Peminat Pertahankan Elisya Sandha

Alahaiii, kesian Elisya! Tak apa its not too late untuk belajar lebih dalam lagi kan 🥰 Ibu mentua pun hebat dalam memasak 🥰

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Comelnya Anak Eyra Hazali Merajuk Nak Makan – “Siapa Ajar Macam Itu…”

Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Hayder Qhalish sememangnya sering mencuit hati ramai dengan gelagat dan telatah comel yang membuatkan ramai geram. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @dhaniahsahrom […]

Featured Thu, 26 Jan 2023
Trending Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Fri, 22 Dec 2023
Trending Tue, 23 Mar 2021
Featured Thu, 6 Apr 2023

“Ada Saksi Lihat Hafidz & Athira Di Bazar Ramadan” – Nurul Shuhada

Jaga-jaga ada mata yang memerhati🧐🧐🧐

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Mon, 5 Nov 2018

Penyanyi Ddu-Du-Ddu-Du Datang KL 23 Februari 2019

Wohooo…siapa kat sini excited macam we all? Tak sabarnya!

error: Content is protected !!