Categories: Trending

“Sebelum Ni Banyak Berlakon Watak Bimbo..” – Hadiah Dari Tuhan Serlah Sisi Baru Riena Diana

Nampaknya, tahun 2020 merupakan tahun bertuah buat pelakon Riena Diana apabila semakin dikenali menerusi watak Laila dalam drama Kampung People 2.

Terbaru, pelakon yang semakin meningkat naik itu kini sedang hangat membintangi drama terbaru  Hadiah Dari Tuhan, sebuah drama yang menceritakan realiti kehidupan  golongan masyarakat berdepan pandemik Covid-19.

Ketika ditemui di sidang media , Riena mengakui wataknya sebagai Ika Nabila dalam drama tersebut mempunyai sisi yang berbeza daripada watak-watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Jika sebelum ini saya banyak bawa watak Bimbo, tetapi untuk drama kali ini sedikit berbeza kerana saya perlu melakonkan watak perempuan yang baik dan innocent”.

“Saya ingin buktikan kepada orang ramai saya boleh melakonkan watak yang pelbagai, dan tidak ingin terus dibayangi karakter Laila”, katanya.

Apapun, semoga tahun 2021 akan terus membawa tuah buat pelakon genit ini. 

Hadiah Dari Tuhan turut dibintangi oleh barisan para pelakon Shafitee, Amy Mastura, Sophia Barakbah, Izreen Azminda, Amy Mastura, Dynaz Mokhtar dan ramai lagi. 

Jangan lupa saksikan drama ini di slot Lestary setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9 malam hanya di TV3! 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”