Categories: Trending

Selepas i-Lestari, KWSP Bakal Tawar Program Bantuan e-CAP Untuk Golongan Ini…

Selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari untuk memberi bantuan kewangan kepada ahlinya sebagai inisiatif membantu masalah kewangan tatkala krisis Covid-19 melanda negara.

 

Malah, KWSP juga turut membenarkan ahlinya mengurangkan caruman wajib mereka daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa April 2020 hingga Disember 2020 lalu.

 

Justeru itu, Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir memaklumkan, bagi memastikan majikan dapat menampung kos dan terus mengekalkan pekerja mereka, KWSP telah menawarkan Program Bantuan Majikan Covid-19 (e-CAP), yang ditujukan khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“e-CAP memberi fleksibiliti kepada PKS yang layak untuk memohon penangguhan dan penstrukturan semula caruman majikan”

 

Menurutnya, program ini diperkenalkan untuk membantu PKS menguruskan aliran tunai dan juga untuk memenuhi kewajipan membayar sebahagian caruman KWSP pemohon.

 

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin