Categories: Trending

KWSP Bimbang, 30 Peratus Ahli Hanya Tinggalkan RM100 Untuk Simpanan Akaun 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja  (KWSP) bimbang kerana hampir 30 peratus daripada ahlinya telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika krisis Covid-19 bermula sejak Mac lalu.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, di sebalik kejayaan KWSP  memberikan dividen yang agak tinggi kepada ahli-ahlinya meskipun berdepan pelbagai cabaran pada tahun 2020 namun, apa yang dapat dilihat adalah banyak simpanan ahli telah menurun.

 

“Lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1. Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat. Kita jangka 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2. Akaun ini adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka”

 

Justeru itu, pihaknya amat khuatir dan akan terus melakukan lebih banyak aktiviti serta kempen kesedaran tentang betapa pentingnya simpanan untuk hari tua nanti.

 

 

 

Sumber : Awani

Salma Syahbuddin