Categories: Trending

Buka Sempadan, Rentas Negeri & Sedia Bantuan Bersasar Dalam Tempoh Terdekat – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan  kerajaan akan menggubal strategi mengawal penularan Covid-19 berdasarkan data diperoleh dan akan mengambil pendekatan lebih bersasar dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat di lokasi kluster jangkitan.

 

Ini kerana, banyak yang dipelajari dalam tempoh setahun itu dan kerajaan bertekad untuk memacu pemulihan ekonomi dengan lebih rancak pada tahun ini demi kesejahteraan rakyat.

 

Tambahnya lagi, aktiviti ekonomi akan terus dibuka tertakluk kepada amalan penjarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

 

Malah, kerajaan akan merangka empat langkah tambahan dalam tempoh terdekat ini antaranya ;

  1. Menyediakan bantuan secara bersasar kepada kumpulan rentan, terutama golongan miskin dan mengalami kehilangan pendapatan.
  2. Meningkatkan sokongan kepada perniagaan khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi dan perniagaan yang sedang dalam proses pembukaan semula pasca PKP
  3. Memberi tumpuan kepada sistem penyampaian awam, terutama memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan, menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan dan mengurangkan karenah birokrasi supaya aktiviti ekonomi kembali rancak selain menggalakkan pelaburan baharu dari dalam serta luar negara.
  4. Memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan selaras dengan pertumbuhan sumber kekayaan baharu dan transformasi ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahuan serta inovasi.

 

Sumber : Google

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegaskan bahawa, kawalan pergerakan masih diperlukan termasuk kawalan sempadan antarabangsa, kawalan rentas negeri dan aktiviti sosial serta perniagaan yang mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan. Beliau berkata demikian  selepas berucap pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya pada Isnin.

 

Bagaimanapun, beliau percaya aktiviti seumpama ini hanya dapat dilaksanakan selepas pelaksanaan imunisasi mencapai tahap tertentu dari segi liputan rakyat.

 

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi laman rasmi Facebook KKM bahawa rentas negeri dan daerah hanya akan dibenarkan sekiranya kelompok imunisasi ini tercapai.

 

 

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin