Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberikan kelonggaran pembayaran cukai dan penalti kepada individu yang pendapatan mereka terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Keputusan ini diambil bagi meringankan beban pembayar cukai dalam menyelesaikan cukai tertunggak dan penalti cukai. Malah, kelonggaran itu ditawarkan kepada pembayar cukai bagaimanapun ianya tertakluk kepada beberapa kriteria.
LHDN turut mempertimbangkan penyemakan semula penalti dikenakan jika pembayar cukai mempunyai alasan kukuh.
Selain itu, pembayar cukai perlu membuat rayuan ke atas penalti dikenakan dan rayuan akan dipertimbangkan dengan melihat setiap asas kes.
“Pembayar cukai yang berhasrat memohon kelonggaran ini disyorkan untuk menghubungi Pejabat Cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan mereka.
“Bagaimanapun, pembayar cukai yang tidak terjejas perlu meneruskan pembayaran cukai seperti dikehendaki undang-undang yang berkuat kuasa,”katanya.
Untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan, anda boleh lah menghubungi LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) ATAU layari maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/
Sumber :LHDNM
Gila betul orang zaman sekarang ni ek 🥵
Alhamdulillah tahniah Tyra dan Emran
Kenapa takut tu? Suara Bella cute je min dengar 😅
Jangan buat main fasal anak ya!
Betul! Emosi sangat penting