Categories: Trending

“Saya Tutup Sebab…” Ismail Sabri Perjelas Isu Kontroversi ‘Tutup Pintu’

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan mengenai hantarannya dalam Facebook, semalam, berkaitan ‘pintu’ yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Menurutnya, beliau menutup pintu tersebut kerana sudah habis kerja dan mahu pulang. Demikian penjelasan ringkas Ismail Sabri berkenaan isu ‘panas’ yang tular semalam ketika sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular COVID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, hari ini.

“Saya nak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.”

Hantaran yang dimuat naik melalui Facebook itu, menunjukkan beliau sedang menutup pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan. Disertakan kapsyen ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ itu menimbulkan pelbagai persoalan, terutama ketika negara sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Salma Syahbuddin