Categories: Trending

“Semalam Nampak Sihat Seperti Tiada Apa-Apa” – Bapa AG Hot FM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Bapa kepada penyampai radio dan pengacara AG Azmeer iaitu Selamat Ipan meninggal dunia ketika tidur, kira-kira jam 3.00 pagi tadi akibat COVID-19.

AG atau nama sebenar, Muhammad Azmir Selamat memaklumkan, bapanya yang berusia 76 tahun menghembuskan nafas terakhir kediamannya di Johor Bahru, Johor.

“Saya dapat tahu arwah bapa positif COVID-19, semalam. Keluarga bawa arwah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

“Petang semalam saya masih berpeluang membuat panggilan video dengan arwah untuk mengambil tahu perkembangan kesihatannya.

“Ketika itu, arwah tampak sihat seperti tiada apa-apa yang mencurigakan. Pagi tadi, saya dikejutkan panggilan dari kampung, bapa sudah tiada,” katanya penyampai Hot FM ini.

AG juga tidak menyangka ulang tahun bapanya yang diraikan pada 2 Februari lalu menjadi sambutan terakhir.

“Ketika itu, saya, isteri dan lima anak pulang ke Johor Bahru untuk meraikan hari lahir ayah.
“Isteri saya sempat memasak juadah kegemarannya, kuah dal.

“Arwah sangat mesra, peramah, baik dan disenangi orang.

“Kalau sebut nama Haji Selamat JPJ mesti orang tahu,” katanya lagi.

Sumber: BH Online

Padin