Categories: Trending

Semua Klinik Dan Pusat Perubatan Islam Boleh Dibuka Sehingga…

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semua klinik swasta dan pusat rawatan islam kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

Sebelum ini, kebenaran beroperasi diberikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan namun ianya beroperasi sehingga 8 malam sahaja.

“Sekarang klinik swasta dibenarkan beroperasi sampai jam 12 tengah malam. Ini termasuk pusat rawatan Islam, pusat rawatan lain seperti homeopati dan tradisional, kita benarkan.

Semua aktiviti perubatan adalah dibenarkan. Namun, ianya masih tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan.

Salma Syahbuddin