Categories: Trending

Senang Je! Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Keju Viral Tom & Jerry, Jom Cuba!

Korang perasan tak kek yang berbentuk keju persis di dalam siri animasi Tom & Jerry menjadi viral dan digemari semua ketika ini? Tidak dinafikan rupa bentuk kek tersebut ternyata boleh buat kita kecur liur beb!

Jika selama ini kita hanya lihat bentuk keju ini di dalam siri animasi Tom & Jerry, namun sebenarnya kita boleh buat resepi ini di rumah tau.

Perkara ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Norhaslina Othman.

Menerusi satu posting yang kini viral, Norhaslina menggelar menu ini sebagai Tom & Jerry Cheese Cake.

Bahan yang digunakan untuk membuat kek ini juga sangat mudah. Kalau korang nak tahu, sila lihat resepi di bawah ini ya.

Bahan coklat luar :

500gm white compound coin

2-3 titik pewarna kuning lemon

1. Double boilkan hingga cair bila dah suam masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam acuan dan ratakan.

2. Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat kemudian bekukan sekejap dalam peti sejuk.
 

Bahan untuk cheese :

Bahagian A

400gm cream cheese

300gm whipping cream

50gm gula aising

½ tsp perasa oren sunquick

Bahagian B

50gm air suam

1½ tbsp gelatin

Menurut Norhaslina, anda perlu ‘mix’ cream cheese bagi nampak licin dan kemudian masukkan gula dan perasa sunquick mix hingga sebati.

“Akhir sekali masukkan whipping cream mix sampai sebati dan kental.

“Campurkan air suam dan gelatin sampai larut. Tunggu sejuk baru masukkan ke dalam bahagian A. Kaul sebati guna sepatula.

“Tengah-tengah kek itu adalah kek sponge coklat. Kalau nak senang letak je kek Apollo 30sen tu. Tak letak kek pun ok gak terpulang pada citarasa masing-masing,” katanya.

Mudah je kan? lepasni kalau craving boleh je buat terus di rumah. Selamat mencuba!


Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover