Categories: Trending

Bantuan Khas RM500 Buat Penjawat Awam Pahang

Pembayaran bantuan khas kepada penjawat awam di negeri itu bermula pada Khamis.

Penerima bantuan khas itu membabitkan penjawat awam gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) ke bawah.

Bayaran sebanyak RM500

Sumber : Google

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembayaran akan dibuat membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada 8,000 penjawat awam di negeri itu.

” Pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam negeri ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020 berkaitan Bantuan Khas Kewangan 2020 yang menjadi sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 27 Mac lalu.

” Saya meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Badan-Badan Berkanun Negeri untuk meneladani serta membuat pembayaran sama,” Jelasnya.

Bantuan sempena Raya Aidiladha

Gambar sekadar hiasan

Tambahnya lagi, diharapkan bantuan berkenaan dapat membantu meringankan beban penjawat awam dalam membuat persediaan meraikan sambutan Aidiladha pada hujung bulan ini.

Sumber : Harian Metro

Salma Syahbuddin