Categories: Trending

Satu Kluster Baharu Dikesan Di Negeri Sarawak

Dr Noor Hisham telah memaklumkan bahawa terdapat satu lagi pertambahan kluster baharu di Sarawak yang melibatkan pekerja di sebuah syarikat di Mambong menerusi sidang media harian Covid-19 kelmarin.

Kluster baharu ini dikesan di sebuah syarikat di Mambong. Sehingga 16 Julai, terdapat 2 kes positif dilaporkan dalam kluster ini.

Kes indeks (kes ke-8,732) kepada kluster ini mengalami gejala sejak 12 Julai 2020 dan dikesan positif pada 14 Julai 2020 di sebuah pusat perubatan.

Seramai 70 individu telah dikenalpasti dan disaring dan 2 kes telah dilaporkan positif (1 warganegara dan 1 bukan warganegara), manakala 68 individu lagi masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan kluster ini masih di dalam siasatan.


Aisyah Badrul

Shes got a 70s head but shes a modern lover