Categories: Trending

Sentuhan jemari magis Queen of Luna buat netizen terpukau

Jika anda pengguna Instagram, anda harus mengikuti akaun Queen of Luna.

Hendak tahu kenapa? Bukan kerana dia mempunyai seramai 410,000 pengikut, sebaliknya jurusolek ini tersangatlah berbakat dalam solekan bertemakan cosplay!

Sentuhan magisnya bukan sahaja dapat merubah wajah kepada karakter kartun popular, tetapi juga kreativitinya mendandan tudung agar kelihatan seperti rambut watak animasi yang ingin diterjemahkan. Pemilihan warna pakaian juga seakan sama!

Daripada puteri Disney, sehinggalah watak yang lebih dramatik, kemahiran transformasi wanita dengan nama Saraswati ini perlu ditonton.

Sekadar pandangan, adalah lebih baik menonton sesuatu yang memberi ilmu dan manfaat, mana tahu ianya dapat memberi inspirasi kepada anda untuk hadir dengan kandungan sosial media yang lebih baik sekali gus menjana pendapatan!

Hijab & Heels ingin berkongsi beberapa kerja kreatif Queen of Luna yang pasti mengagumkan anda. Jom kita tengok!

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Tip Kecantikan Artis Korea Yang Pelik-Pelik

1. Beret Girl

2. Betty Boop

3. Jessica Rabbit

4. Cinderella

5. Fiona Shrek

6. Roxanne

7. Ashley Spinelli From Recess

8. Ariel

9. Barbie

10. Bubbles Powerpuff Girls

11. Bride of Chucky

12. Death dari Death Note

13. Koan dari Sailor Moon

14. Vanessa dari The Little Memaid

15. Emily the Corpse Bride

16. Shego

17. Kim Possible

18. Simba dari Lion King

19. Daphne dari Scooby Doo

20. Raven

Macam mana, hebat bukan? Sesiapa yang bercadang mahu ke majlis makan malam tahunan yang menetapkan tema Disney atau masquerade, bolehlah hubungi Saraswati. Mesti menang pakaian dan solekan terbaik!

Yanie Baharom