Categories: FeaturedOh Lawa

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Pernahkah anda terfikir sebuah filem mampu mencetuskan ilham untuk menghasilkan aksesori yang unik dan menawan. Ternyata, idea serta kreativiti pemilik nama Gema Arnal Jerico ini di luar kotak kerana daripada filem, beliau mampu menghasilkan aksesori yang sangat unik!

Wanita cantik yang juga pengasas jenama aksesori buatan tangan yang popular di Sepanyol, LaliBlue ini menghasilkan perhiasan yang penuh dengan warna dan fantasi berinspirasikan kisah filem klasik serta retro.

Gema Arnal Jerico mengusahakan LaliBlue sejak 2006. Sumber foto: Instagram LaliBlue

Antara filem yang menjadi inspirasi kepada hasil tangan Gema ialah The Wizard of Oz, Mary Poppins, Singin in the Rain, Thelma & Louise, Hansel & Gretel, Sleepy Hollow, The Snow Queen, Snow White dan The War of The World.

Koleksi yang dihasilkan daripada bahan-bahan seperti akrilik, kayu dan damar ini memang unik di mana Gema memberi sentuhan vintaj terhadap hasil tangannya.

Sama ada mahu dipercayai atau tidak, jom lihat hasil kreativiti Gema yang mencipta perhiasan seperti rantai, kerongsang, aksesori rambut dan banyak lagi menerusi koleksi yang diberi nama ‘Lights, Camera, Action!.’ Memang mengagumkan!

The War of The World

Singin’ in the Rain

Thelma & Louise

The Wizard of Oz

Hansel & Gretel

Little Mermaid

Mary Poppins

Bonnie and Clyde

Tarzan

Sumber: Instagram LaliBlue

Ad Ops