Jika anda pengguna Instagram, anda harus mengikuti akaun Queen of Luna.
Hendak tahu kenapa? Bukan kerana dia mempunyai seramai 410,000 pengikut, sebaliknya jurusolek ini tersangatlah berbakat dalam solekan bertemakan cosplay!
Sentuhan magisnya bukan sahaja dapat merubah wajah kepada karakter kartun popular, tetapi juga kreativitinya mendandan tudung agar kelihatan seperti rambut watak animasi yang ingin diterjemahkan. Pemilihan warna pakaian juga seakan sama!
Daripada puteri Disney, sehinggalah watak yang lebih dramatik, kemahiran transformasi wanita dengan nama Saraswati ini perlu ditonton.
Sekadar pandangan, adalah lebih baik menonton sesuatu yang memberi ilmu dan manfaat, mana tahu ianya dapat memberi inspirasi kepada anda untuk hadir dengan kandungan sosial media yang lebih baik sekali gus menjana pendapatan!
Hijab & Heels ingin berkongsi beberapa kerja kreatif Queen of Luna yang pasti mengagumkan anda. Jom kita tengok!
ARTIKEL BERKAITAN: 6 Tip Kecantikan Artis Korea Yang Pelik-Pelik
1. Beret Girl
2. Betty Boop
3. Jessica Rabbit
4. Cinderella
5. Fiona Shrek
6. Roxanne
7. Ashley Spinelli From Recess
8. Ariel
9. Barbie
10. Bubbles Powerpuff Girls
11. Bride of Chucky
12. Death dari Death Note
13. Koan dari Sailor Moon
14. Vanessa dari The Little Memaid
15. Emily the Corpse Bride
16. Shego
17. Kim Possible
18. Simba dari Lion King
19. Daphne dari Scooby Doo
20. Raven
Macam mana, hebat bukan? Sesiapa yang bercadang mahu ke majlis makan malam tahunan yang menetapkan tema Disney atau masquerade, bolehlah hubungi Saraswati. Mesti menang pakaian dan solekan terbaik!