Categories: Trending

Mimpi Gaung Api Dan Hari Kiamat, Youtuber Ini Kongsi Kisah Penghijrahan Ramadhan

Seringkali kita mendengar kisah penghijrahan yang membuka mata hati kita terutama di bulan ramadhan. Sama ada kisah penghijrahan saudara Islam yang baru, kisah berhijab, solat dan sebagainya. Kisah-kisah seperti ini membuatkan kita sedar akan kekhilafan diri.

Tidak Bertudung

Terbaru, seorang Youtuber dikenali dengan nama Aisha Mohd berkongsi kisah penghijrahannya di bulan ramadhan. Mengakui dirinya suatu ketika dahulu tidak bertudung, Aisha berkongsi kisah saat hatinya terasa seperti “direntap” ketika pertama kali mengenakan hijab. 

Menerusi klip video berdurasi 9 minit yang dimuat naik di Youtube, wanita ini turut menceritakan  saat dirinya mendapat mimpi “ngeri”sebelum mengenakan hijab. 

Mimpi Hari Kiamat dan Jatuh Ke Dalam Gaung Api

Malah, beliau mengakui pernah bermimpi kejadian aneh seperti peristiwa hari kiamat  itu dan bermimpi seakan dirinya jatuh ke dalam gaung api. Masha Allah.  Menurutnya lagi, peristiwa itu berlaku sekitar tahun 2015 namun masih meninggalkan kesan buat dirinya sehingga ke hari ini. 

Perkongsian sebegini pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat sesiapa yang pernah mengalami. Hidayah Tuhan itu datang daripada pelbagai cara, semoga kita semua terus istiqomah dan husnuzon. 

Salam ramadan dari kami di team xtra!

Saksikan kisah penghijrahan Youtuber ini di bawah: 

 

 

 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”