Trending By: Maya Basir January 5, 2023 @ 6:38pm

Shuib Rimas Kerap Ditanya Soal Pengganti – “Kalau Kita Sedih Bukan Orang Tahu…”

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib mengakui rimas apabila kerap disoal tentang pengganti arwah isterinya, Siti Sarah.

Memetik laporan Harian Metro, bapa tunggal kepada empat orang anak ini tetap melihat setiap pertanyaan yang dianggap kurang sensitif itu secara sudut positif.

“Rimas juga. Kadang-kadang saya jadi sensitif. Bila saya keluar, orang tanya ‘dah ada pengganti? Ia sangat sensitif.

“Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup kita, kalau kita sedih atau apa, bukan orang tahu.

“Saya pun tak tahu nak cakap, sama ada orang tak faham atau apa. Tapi, saya lihat dari sudut positif, mungkin orang ambil berat,” jelasnya.

Berhubung spekulasi hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Watie Hanifiah, Shuib terkilan dengan sikap sesetengah individu yang gemar membuat andaian sendiri.

“Walaupun belum tahu dia orang yang bagaimana, orang luar sudah mula membuat spekulasi.

“Muka garang? Saya tak fahamlah bila ada yang kata, ‘ini kalau jadi mak tiri, mesti garang’. Orang dah menghakimi terlebih dulu,” ujarnya.

Tambahnya, dia hairan artis lain tidak timbul sebarang isu apabila berkahwin semula selepas kematian pasangan.

“Mungkin mereka ambil berat mengenai saya. Apa pun, dalam rumah tangga, hanya kita yang tahu dan orang luar nampak luaran saja,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Jun 2023
Trending Fri, 2 Oct 2020
Hiburan Wed, 7 Sep 2022

Luqman Hafidz Sukar Tonjolkan Reaksi Untuk Penuhi Kehendak Watak

Cabaran Luqman Hafidz dalam Air Force The Movie

Selebriti Tue, 25 Jul 2023
Cahaya Mata Thu, 14 Jul 2022

“Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Kapsyen Ibu Mertua Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Harap Ira Kaza Sedar

Alahai, beruntungnya Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sayang macam anak sendiri.. Alhamdulillah, ini pun salah satu rezeki indah juga kan 🥺🥰