Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Aqilah Paharuzi July 14, 2022 @ 5:16pm

“Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Kapsyen Ibu Mertua Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Harap Ira Kaza Sedar

Konflik rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Puteri Sarah Liyana dan suaminya, pelakon dan pengarah hebat Syamsul Yusof semakin menjadi buah mulut ramai pihak.

Malah, kemelut yang melanda mereka dikatakan semakin rancak dan ‘tegang’ setelah Puteri Sarah bertindak memfailkan dua saman terhadap individu ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya.

Baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh ibu mertua Puteri Sarah, iaitu Datin Patimah Ismail meraih perhatian netizen yang terharu atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan kepada aktres itu.

Foto tersebut memaparkan ibu Syamsul bersama Puteri Sarah sedang menikmati juadah beserta kapsyen yang seakan menjelaskan hubungan mereka sangat rapat.

“Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Patimah Ismail (@dpatimah012)

Meninjau di ruangan komen, Puteri Sarah turut membalas dengan meluahkan rasa sayangnya terhadap ibu mentuanya yang digelar mama.

Lantaran itu, hantaran tersebut dibajiri dengan komen-komen netizen yang meluahkan rasa kagum atas rasa kasih sayang yang dizahirkan oleh ibu dan bapa mentua Puteri Sarah kerana sentiasa setia berada di sisi meskipun perkahwinan dilanda badai.

Dalam pada itu, Puteri Sarah pernah mengakui dia berupaya untuk bertahan dan mampu berdiri teguh sehingga saat ini kerana mempunyai sistem sokongan yang amat kuat, terutamanya daripada keluarganya dan keluarga mentua.

Terdahulu, konflik mahligai cinta pasangan selebriti ini didakwa sedang bergolak setelah Puteri Sarah mendedahkan masjid yang dibina mereka diganggu oleh ‘penyondol’ iaitu Ira Kaza, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Syaikhul Islam, 5. dan Sumayyah, 3 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Mon, 26 Nov 2018

Biadap Dengan Ibu, Shiha Zikir Bengang Dengan Siapa Di Instagram?

Shiha Zikir berang apabila ada seorang wanita bersikap biadap terhadap dia dan ibunya.

Hiburan Thu, 24 Apr 2025

Dah Lali Nama Sering Dikaitkan Sudah Berkahwin, Erra Fazira Perjelas Status Masih Solo

Erra Fazira nafi dah berkahwin, dah lali nama sering terkait

Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Wed, 30 Mar 2022

Viral Isu Peniaga Tepi Jalan Sorok Jeruk Dalam Longkang, Timbul Pelbagai Reaksi Netizen

Hmm, sedapnya Jeruk Mangga 😭 Siapa selalu beli jeruk tepi jalan tu korang makan ok tak?

Featured Thu, 5 Mar 2020
error: Content is protected !!