Categories: Trending

Siapa Anak Kerabat Di Raja Pakai Baju ‘Kitar Semula’

Masih lagi ada yang mempratikkan dimana menggunakan semula baju anak-anak mereka dengan pakaian si abang mahupun si kakak dulu. Pada yang memang menyimpan dengan baik pastinya baju atau pakaian itu nampak elok dan cantik.

Pernah tak anda terfikir yang kerabat di raja juga mengamalkan sikap sebegini? 

Baru-baru ini tular di sosial media foto Krismas terbaru bagi keluarga di raja Duke dan Duchess of Cambridge.

Jika anda ternampak dan selalu mengikuti perkembangan terkini pastinya anda perasan pada Putera Louis, putera bongsu. Walaupun nampak segak, ada peminat yang menyedari putera bongsu memakai kasut abangnya yang dahulu pernah diguna sewaktu mengadakan lawatan di raja ke Australia. 

Pada tahun 2014, Putera George memakai kasut ini sewaktu melawat Zoo Taronga di Sydney.

Lain pula dengan Puteri Charlotte, dimana kelihatan memakai kardigan biru yang dikait dalam foto Krismas 

 

Putera George pernah menggayakan kardigan biru yang sama ketika meraikan ulang tahun ke-90 Ratu Elizabeth pada 2016 .

Sumber:  Mirror UK

 

SGMS Enal