Categories: Trending

SonaOne Buat Lagu Dengan YHB Sleepsalot Dalam Masa 24 Jam Melalui Aplikasi Zoom

Rapper baru Singapura, berkolaborasi dengan penyanyi rap popular tempatan, SonaOne dalam lagu berjudul Jatuh Boi.

Walaupun masih muda, YHB Sleepsalot bijak mengatur langkah membuktikan dirinya boleh menggegarkan arus hip hop di Singapura.

“Jatuh Boi umpama lagu pilihan bagi sesiapa sahaja yang telah melalui masa-masa sukar dan ingin melupakan saat sukar tersebut. Saya ambil satu perkataan dan saya tukarkan ia menjadi sesuatu yang positif juga sebagai sumber kekuatan.

“Saya bernasib baik kerana pengalaman FlightSch dan kepakaran RIIDEM membantu menggarap visi ke dalam muzik. Ini adalah kali kedua saya berada di studio bersama mereka dan pengalaman ini adalah satu pengalaman yang membuka minda dan menyeronokkan.

“Saya juga dapat merealisasikan impian lama untuk bekerjasama dengan SonaOne. Dia selalu menjadi orang yang saya sanjung. Kami ada ‘chemistry’ yang baik jadi kerjasama yang dicurahkan untuk lagu ini sangat cepat dan natural,” katanya.

Dedah SonaOne pula, proses pembikinan lagu ini dibuat dalam masa satu hari sahaja.

“Jatuh Boi adalah kolaborasi rasmi kami yang pertama dan jangan tak percaya, kami buat lagu ini dalam masa 24 jam melalui Zoom.

“Konsep itu adalah sesuatu yang kami dan ramai orang dapat kaitkan dengan diri masing-masing dan kami berharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain untuk tidak menyerah kalah dan bangkit kembali ketika mereka jatuh,” kata SonaOne.

Jatuh Boi kini boleh didengari di semua penstriman digital dan muzik video rasminya pula boleh ditonton di saluran YouTube YHB Sleepsalot.

Padin