Categories: Trending

SOP Lebih Ketat, AJL35 Harus Dijadikan Rujukan

Walaupun pelaksanaan operasi standard (SOP) semakin diperketatkan namun, penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) boleh dijadikan contoh atau rujukan bagi penganjuran acara hiburan yang diadakan secara langsung.

 

Ini kerana, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menetapkan SOP yang lebih ketat bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 dikalangan krew yang terlibat.

 

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Mohammad Mentek, AJL35 wajar menjadi contoh bagi mana-mana penganjuran acara yang diadakan secara langsung walaupun negara masih berdepan dengan krisis Covid-19. Ini termasuklah, penekanan prinsip pemakaian pelitup muka, penjarakkan sosial dan sanitasi.

 

Manakala, pihaknya juga telah menetapkan setiap persembahan finalis yang bertanding, hanya 6 individu sahaja dibenarkan berada di atas pentas dan tanpa kehadiran penonton.

 

 

 

Terdahulu, MKN telah menetapkan semua jenis acara melibatkan industri kreatif adalah dibenarkan terutamanya di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) dengan hanya kehadiran 70 peratus sahaja.

 

ARTIKEL BERKAITANAcara Langsung Dibenarkan Dengan Kapasiti Penonton Adalah Terhad – Ismail Sabri

 

Salma Syahbuddin