Categories: Trending

Kluster Baharu Kini Dikesan, Rentas Negeri Masih TIDAK Dibenarkan!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, beberapa kluster baharu dikesan akibat aktiviti rentas negeri. Justeru itu, kebenaran untuk merentas negeri masih belum dibenarkan walaupun kes Covid-19 kini menunjukkan penurunan.

 

Menurut KKM, Kluster Bukit Bayas di Terengganu dan Kluster Pasai di Sarawak berlaku akibat aktiviti rentas negeri untuk menziarahi ahli keluarga yang  meninggal dunia.

 

“Bermula dengan majlis tahlil yang dihadiri 45 ahli keluarga termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang akhirnya menjadi kluster apabila 15 daripada mereka disahkan positif”

 

Manakala, kluster Bukit Bayas adalah kluster rentas negeri terbaharu di Terengganu membabitkan 48 kes positif setakat 12 Mac dan kini merebak di lima daerah.

 

Perkara tersebut turut dikongsi menerusi hantaran di laman Facebook KKM pada Sabtu.

 

Sumber : Facebook KKM

Justeru itu, KKM sekali lagi menjelaskan rentas negeri untuk kes kecemasan dibenarkan namun individu yang mahu berbuat demikian perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Salma Syahbuddin