Categories: FeaturedTrending

“Kami Tidak Mahu Ambil Risiko..” – AJL 35 Masih Kekal Tanpa Penonton

Anugerah berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) tetap akan berlangsung tanpa penonton, walaupun acara hiburan sudah boleh dihadiri khalayak.

Perkara itu disahkan Penerbit Eksekutif AJL35, Nurhul Huda Khalid.

“Kami tidak bersedia mengajak penonton datang menonton AJL35 secara langsung berikutan perancangan sudah dibuat sebelum ini.

“Diakui, AJL selama ini meriah dengan kehadiran penonton, namun TV3 akur situasi pandemik COVID-19 membataskan segala-galanya.

“Biarpun diberi kelonggaran dan kebenaran kerajaan membolehkan penonton datang menonton secara langsung, kami tidak mahu mengambil risiko,” katanya kepada BH Online.

Manakala , ruang persembahan akan dipenuhi pentas, orkestra dan kru yang bertugas.

Jangan lupa saksikan Anugerah Juala Lagu ke 35 Jam 9 malam ini hanya di TV3.

Sumber : BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”