Featured By: Yanie Baharom February 18, 2020 @ 12:30pm

Soulmate, nyanyian terakhir BCL buat Ashraf…

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un…

Salam takziah Hijab & Heels ucapkan buat keluarga pengacara dan pelakon Ashraf Daniel Muhammad Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair yang baharu sahaja kehilangan beliau jam 3.50 pagi tadi.

Suami kepada penghibur terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital MMC, Kuningan, Jakarta Selatan, akibat serangan jantung pada usia 40 tahun.

Suratan atau kebetulan, beberapa jam sebelum pemergian suami tercinta, Bunga yang cukup terkenal dengan panggilan BCL, sempat menyanyikan serangkap lagu berjudul Soulmate yang dipopularkan oleh kumpulan Kahitna, ketika bersiaran langsung menerusi program Indonesian Idol, terbitan stesen RCTI.

Rangkap ketiga lagu yang dinyanyikan wanita cantik itu berbunyi:

Ketika engkau datang
Mengapa di saat ku
Tak mungkin menggapaimu

Meskipun tlah kau semaikan cinta
Dibalik senyuman indah
Kau jadikan seakan nyata
Seolah kau belahan jiwa

Rangkap 3 :

Meskipun tak mungkin lagi
Tuk menjadi pasanganku
Namun ku yakini cinta
Kau kekasih hati…

Sumber: YouTube

Sebelum menyanyikan lagu itu sambil diiringi pemuzik, BCL sempat meluahkan perasaan gementar. Siapa sangka, lima jam kemudian BCL akan kehilangan soulmate atau teman sejiwanya buat selama-lamanya.

Bagi yang mengikuti perkembangan kisah pasangan dua sejoli yang baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11 pada 8 November lalu, mereka bertemu dalam sebuah wawancara pada 2006 yang dikendalikan Ashraf sendiri, sementara Bunga sebagai tetamunya.

Dalam temu bual lain bersama media Indonesia beberapa tahun yang lalu, Ashraf pernah membuat pengakuan bahawa BCL adalah cinta pandang pertamanya.

“Pada saat itu sebenarnya aku tidak mengenal Bunga sama sekali, tugas wawancara itu sebenarnya dilakukan temanku. Tapi tiba-tiba dia berhalangan hadir dan aku yang mendadak diminta menggantikan. Di situ pertemuanku dengan Bunga.

“Indah sekali mengenang pertemuan pertama kami, saat itu adalah cinta pada pandangan pertama,” demikian ujar Ashraf ketika ditemu bual KapanLagi.

Bunga Citra Lestari juga kerap melemparkan pujian romantis kepada suaminya. Bahkan mengakui selebriti berasal dari Malaysia yang mencipta nama di Indonesia itu adalah cinta sejatinya.

“Buat aku cinta sebelum Ashraf adalah cinta monyet sahaja, sedangkan bersama Ashraf aku merasa menemukan sosok yang benar-benar kurasakan sebagai cinta sejatiku,” katanya.

Sepanjang menjalani kehidupan suami isteri sejak mengambil keputusan bernikah pada 8 November 2008, BCL dan Ashraf Sinclair jarang sekali diterpa isu negatif. Kedua-duanya selalu tampil mesra dan harmoni pada setiap majlis yang dihadiri mereka.

Ashraf sempat mencoretkan ucapan romantis kepada BCL di Instagram miliknya, sewaktu meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11.

“Happy Anniversary @bclsinclair, 11 years together. Through thick and thin, I got your back as you got mine. Never a day goes by you dont wonder me with your kindness, passion, love and persistance. In you I see myself and the best version of me as I see you too. Thank you for walking this journey with me and to many more steps along the way, side by side, hand in hand, heart in heart. I love you popet,” tulis Ashraf dalam keterangan foto tersebut.

Pemergian Ashraf tentu sahaja meninggalkan kesediahan yang mendalam buat BCL dan anak mereka, Noah Aidan Sinclair, 10, termasuk keluarga kedua-dua pihak serta rakan taulan yang mengenali Ashraf.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throwback to hot air balloons and 2020 New Years ! #melbourne

A post shared by Ashraf Sinclair Official (@ashrafsinclair) on

Sewaktu artikel ini ditulis, jenazah Ashraf belum dikebumikan kerana masih menunggu ketibaan keluarga kandung Ashraf dari Kuala Lumpur yang dijangka tiba sekitar jam 1.03 petang (waktu Indonesia) di Jakarta. Berita ini disahkan oleh Kajai iaitu pengurus Aishah Sinclair yang juga adik kepada Allahyarham Ashraf.
 
Aishah yang mengendalikan program Mix Breakfast bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi, dikatakan sudah tiba di konti stesen radio Mix FM pada jam 5.48 pagi untuk memulakan tugas sebelum mendapat berita pemergian abang tersayang yang disampaikan oleh ibu mereka.

Menyingkap maklumat lanjut daripada pemberita Indonesia, penghibur terkenal Rossa antara yang sempat menziarahi jenazah, yang sudah pun dibawa pulang ke kediaman keluarga BCL kira-kira jam 7.33 pagi tadi.

“Bunga dan Noah Alhamdulillah, lagi menguatkan diri. Bunga dan keluarga semoga diberi kekuatan untuk menghadapi ini dan Ashraf diterima amal ibadahnya oleh Allah SWT,” katanya.

Sumber:  YouTube 

Selain Rossa, kelihatan ramai selebriti Indonesia yang mulai hadir memberi penghormatan terakhir buat Ashraf, antaranya Melly Goeslow, Raffi Ahmad, Alice Norin, Samuel Zylgwyn, Armand Maulana, Dewi Gita, Widyawati, Andien Aisyah, Nia Ramadhani Danian Mananta, Marini Zumarnis, Aura Kasih, Agus Yudhoyono dan Ruhut Sitompul.

Media Indonesia turut menemu bual seorang tetamu yang dikenali sebagai Ustaz Haji Ahmad Habib, Pengasuh Yayasan Yatim Durrahman, yang turut menziarahi jenazah Ashraf. Beliau merupakan individu yang memandikan jenazah Ashraf.

“Beliau (Ashraf) merupakan antara seorang daripada penderma Pengasuh Yayasan Yatim Durrahman. Ashraf Sinclair seorang yang selalu beramal semasa hidupnya.

“Hampir setiap minggu Allahyarham bersilaturahim dengan anak-anak yatim, yang kebetulan tinggal berdekatan dari sini.

“Beliau seorang yang cukup dikenali, baik hati dan tidak segan menyapa setiap warga masyarakat termasuk orang sekitar. Beliau juga sering membawa anaknya bermesra dengan anak-anak yatim.

“Kerana itu kami amat merasakan kehilangan saat mendengar berita beliau telah meninggal dunia,” katanya memaklumkan kali terakhir bertemu Ashraf kurang dua bulan lalu dan ketika itu Allahyarham dalam keadaan sihat.

Ashraf dilahirkan di Croydon, London pada 18 September 1979. Allahyarham mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.

Jenazah Allahyarham akan disemadikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam di San Diego Hills, Jakarta.

ARTIKEL BERKAITAN: PELAKON ASHRAF SINCLAIR MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jul 2021

Guna Wang Sendiri Hulur Bantuan Cari Bendera Putih, Tindakan Cik B Dipuji Ramai

Baru-baru ini, tindakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendapat perhatian ramai. Dalam usaha untuk menyebarkan semangat bendera putih, Cik B telah turun padang bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. […]

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid

Mestilah terganggu kan.. Semoga dipermudahkan urusan Siti Nordiana

Featured Wed, 11 Jan 2023

Leona Balik UK, Azhar Sulaiman Nasihat Jangan Ada Kekasih – “I Ada 10 Boyfriend!”

Pelakon Azhar Sulaiman memberi nasihat kepada anaknya, Kasih Iris Leona sebelum berangkat pulang ke United Kingdom. @azharbsulaimanBalik UK dah Leona…. Have a Safe Flight Bambam….♬ original sound – 𝓛𝓪𝓷𝓼669💎 – 𝓛𝓪𝓷𝓼💎 Menerusi perkongsian Azhar di […]

Trending Wed, 14 Oct 2020
Featured Wed, 13 Dec 2023

Muat Naik Video Penghargaan, Patimah Ismail Anggap Puteri Sarah Isteri & Ibu Bertanggungjawab

Satu je min boleh cakap Datin memang contoh mak mentua terbaik!❤️❤️❤️

Trending Sun, 16 Dec 2018

Mayat Digital’ Dan Dihiris 27,000 Kali Untuk Ujikaji Sains

Wanita Merelakan Dirinya Dijadikan ‘Mayat Digital’ Dan Dihiris 27,000 Kali Untuk Ujikaji Sains