Categories: Trending

#StayAtHome, TikTok ‘Mop Lantai’ Yuna Kini Ditonton Setengah Juta Orang. Wow!

Yang degil tak nak duduk rumah tu kenapa? Sila jadi kreatif macam artis kita ni

Sudah masuk hari ke-16 Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan. Namun, itu sama sekali tidak menghalang penyanyi Crush ini untuk duduk diam sahaja.

Dalam satu muat naik menerusi laman instagram miliknya, Yuna turut berkongsi video TikTok miliknya yang min rasa cukup menarik dan terhibur untuk ditonton. Opss! Sempat ulang 2-3 kali juga lah.

Dengan caption yang cukup ringkas, video TikTok tersebut menarik perhatian hampir setengah juta orang dalam masa sehari sahaja video tersebut dimuat naik.

Video yang memaparkan Yuna sedang menggunakan vakum untuk membersihkan lantai, dengan selingan koleksi baju-bajunya itu memang cukup ‘superb’ lah.

Rata-rata memuji video TikTok tersebut dan tidak kurang juga ada yang sempat bertanyakan tentang ‘mop’ yang digunakan oleh Yuna. Murah kot, RM20 sahaja.

Salma Syahbuddin